Buku
Eh!!! Media Sosial oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim ini mengandungi
lapan bab kesemuanya antaranya ialah Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Bab
ini menerangkan media sosial, rangkaian sosial, jenis- jenis media sosial,
mengapakah media sosial digunakan dalam pembelajaran, dan etika dalam media
sosial. Seterusnya bab kedua pula membincangkan mengenai Twitter dan Trend
terkini seperti kajian tentang Twitter di mana Twitter ini mudah diakses dengan
pantas dan banyak membekalkan informasi terkini. Berikutnya, bab 3 pula
mengenai Facebook Masih Digunakan. Bab ini menerangkan tentang Facebook adalah
aplikasi media sosial yang digunakan oleh semua golongan lapisan masyarakat.
Facebook juga merupakan salah satu alat berkesan untuk pelajar berinteraksi
terutama dalam perbincangan berkaitan dengan tugasan mereka. Selanjutnya, bab 4
pula mengenai Instagram Menyeronokkan. Menurut statistik Statistica.com
kedudukan media sosial pada 2016, Instagram mempunyai 500 juta pengguna.
Aplikasi ini menjadi pilihan ramai oleh pengguna sosial media di seluruh dunia.
Hal ini demikian kerana, menurut kajian masyarakat lebih berminat dengan cerita
pendek Instagram di akaun Instagram mereka.
Di
samping itu, bab 5 pula menyatakan tentang E-mel Masih Popular pada masa kini
dimana e-mel merupakan satu medium komunikasi dalam bahasa sasaran termasuk
mengarang dan bertukar pesanan dengan pelajar lain di dalam kelas atau di
seluruh dunia. Bab 6 berkaitan dengan Blog Di Dalam Kelas Bahasa. Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis
sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog juga didapati memudahkan
pelajar-pelajar Korea untuk mempelajari bidang bahasa, kesusasteraan dan
teknologi. Berikutnya bab 7 berkaitan dengan isu dalam rangkaian sosial dalam
kalangan pengguna. Bab ini membincangkan pengguna dilihat bergantung kepada
rangkaian sosial dalam kehidupan seharian mereka. Akhir sekali, bab 8 berkaitan
implikasi pedagogi media sosial dan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk
pembelajaran bahasa yang berkesan di samping mengukuhkan pembelajaran pelajar,
meningkatkan kefasihan bahasa pelajar dan menanam sikap positif untuk
menambahbaik prestasi pelajar.
Sumber:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu:
Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
Harga
Buku: RM60
No comments:
Post a Comment