STRATEGI KOMUNIKASI
Menurut Tarone (1980: 420) strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Manakala Slinker (1972) pula beranggapan bahawa strategi komunikasi sebagai pendekatan yang digunakan dalam komunikasi di antara satu sama lain
Seterusnya, komunikasi dilakukan dalam bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Adakalanya komunikasi berlaku melalui peralatan digital yang terkini bagi tujuan penyampaian mesej dengan lebih berkesan dan cepat. Biasanya komunikasi berlaku dengan menggunakan strategi yang bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan. Malah komunikasi yang berkesan boleh berlaku dengan melibatkan emosi seseorang penutur tersebut. Adakalanya komunikasi berlaku dengan strategi bahasa isyarat ataupun bahasa badan. Hal ini berlaku apabila mesej yang ingin disampaikan itu berlaku dengan menggunakan bahasa sebutan ataupun ujaran.
Berikutnya, kajian yang dilakukan oleh Weber & Grauer (2019) hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Hue (2017) yang mana komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia.
Di samping itu, Zerfass et al. (2018) menyatakan bahawa strategi komunikasi perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Hal ini kerana strategi komunikasi dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat dalam komunikasi berasa puas hati kerana mesej difahami dengan baik.
Winkler & Etter (2018) pula menggambarkan bahawa strategi komunikasi sebagai satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan. Kajian ini hampir sama dengan O' Connor et al. (2010) mengenai pendekatan dimensi rangkaian pelbagai arah strategi komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang dikaji merupakan komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan perhubungan awam. Setiap komunikasi mempunyai elemen yang dapat membantu dalam proses komunikasi bagi mereka yang ingin menyampaikan mesej.
Nothhaft et al. (2018) pula menggambarkan strategi komunikasi sebagai refleksi elusive yang mengandungi konsep yang mudah difahami. Berikutnya, kajian oleh Nothhaf et al. (2018) menekankan tentang kepentingan strategi komunikasi dalam menyebarkan budaya dalam kalangan masyarakat kelompok yang mempunyai pemikiran yang sama iaitu membincangkan perkara yang dipersetujui dan difahami oleh semua pihak. Malah, Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan bahawa setiap apa yang ingin diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang.
Sumber: Normaliza Abd Rahim. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Teori dan Aplikasi.
Penerbit : UMT
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802