Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” ini merupakan buku yang mengandungi teori dan serta diaplikasi dalam bentuk penyelidikan. Bab yang pertama menerangkan tentang definisi dan konsep kajian wacana. Wacana merupakan bahasa daripada individu atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Wacana dedifinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran dan melebihi batas atas. Bab 2 pula membincangkan tentang teori dan pendekatan wacana. Antara teori dan pendekatan yang dibincangkan adalah teori analisis wacana (Brown & Yule, 1983), teori analisis wacana Stubbs (1983), analisis wacana kritis (Vandijk, 1977), pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) dan teori analisis wacana (Normaliza Abd Rahim ,2018b). Bab 3 menerangkan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Kajian analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Dalam bab ini mementingkan nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak autisme yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keperibadian yang mulia.
Di samping itu, bab 4 membincangkan tentang strategi komunikasi. Perbincangan tentang kajian-kajian strategi komunikasi seperti interaksi dan ujaran telah diperjelaskan dengan terperinci. Antaranya kajian ini membincagkan bagaimana komunikasi dapat disampaikan dengan berkesan. Berikutnya, bab 5 menerangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Antara pendekatan yang dirincikan oleh Darnyei dan Scott (1997) adalah pengabaian atau peninggalan mesej, penggelakan topik, parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataa baru, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan dan penggunaan perkataan yang tiada makna. Seterusnya, bab 6 pula membincangka tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Sampel kajian terdiri daripada sepuluh pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun di Selangor. Sampel telah diberi tema perbualan iaitu aktiviti dalam dan luar kelas yang perlu dibincangkan. Terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi yang telah digariskan dalam kajian ini. Akhir sekali, bab 7 membincangkan tentang cadangan kajian akan datang. Oleh itu bab ini mencadangkan kajian lain yang berkaitan dengan kajian wacana dan strategi komunikasi seperti bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektrokik dan media sosial.
Implikasi yang diperoleh daripada buku ini adalah pembaca dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang teori dan pendekatan analisis wacana yang dibincangkan satu persatu dan disokong oleh kajian-kajian lepas. Bukan itu sahaja, pembaca juga dapat mengetahui strategi komunikasi yang telah digunakan dalam ujaran dan interaksi seharian kita.
Rujukan:
Brown, G., & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.
Normaliza Abd Rahim. (2018). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Stubbs, M. (1983). Discourse Analysis: The Sociolinguistic Analysis of Natural Language. Oxford: Blackwell.
No comments:
Post a Comment