Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum dan selamat kembali lagi sekali:)

Penulisan saya pada hari ini mengisahkan serba sedikit tentang keluarga saya. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya sangat bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang hamoni dan saling menyayangi antara satu sama lain. Secara ringkasnya, saya mempunyai  mama dan abah yang tabah dan bekerja keras untuk membesarkan anak anak mereka dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Mama dan abah telah dikurniakan tujuh orang anak dan saya merupakan anak yang keenam. Malah mereka dikurniakan lima orang puteri dan dua orang putera. Bukan itu sahaja, empat daripada kami telah mendirikan rumah tangga dan saya sudah mempunyai seramai dua belas orang anak buah yang cerdik belaka. 

Keluarga saya berasal daripada negeri darul naim iaitu Kelantan. Namun dek kerana Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam, Dari segi sejarahnya, nenek moyang sebelah arwah ayah saya berketurunan Thailand kerana Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Pattani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Manakala, sejarah keturunan ibu saya pula berdarah Indian. Keunikan budaya sejarah keluarga kami mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami.


Ayah saya seorang bekas mekanikal pengangkutan awam di salah satu syarikat swasta di Bandaraya Kuala Lumpur manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Dek kerana faktor bekerja di luar negeri, kami sekeluarga telah berpindah dan menetap di Wilayah Persekutuan sejak kecil lagi. Namun, kebahagiaan yang kami rasai hanya pinjaman dan sebentar cuma. Pada 22 September 2014, hero kami telah dijemput Illahi. Keriangan dan kemanisan hidup bekeluarga seperti dahulu tidak kami rasai dikala hilangnya permata hati dalam keluarga. Namun, kekuatan dan kegigihan mama membangkitkan semangat kami adik-beradik untuk meneruskan sisa kehidupan bersama-sama. Setiap masa dan detik hari-hari yang kami lalui, kami sentiasa titipkan doa untuk Abah. 

(Mama dan Abah tercinta 👫)

Walaupun begitu, ketabahan mama untuk membesarkan kami bertujuh penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun, kami adik-beradik telah membuktikan bahawa kami mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun kasih sayang seorang ayah tidak kami dirasai sepanjang kami menuntut sebagai pelajar. Kakak-kakak dan abang menjadi idola dan pembakar semangat kepada saya dan adik-adik kami yang lain untuk terus berjaya. Kejayaan yang telah kami kecapi pada masa kini, telah banyak membuat mama gembira dan secara tidak langsung kehidupan kami lebih baik dan baik. Kini, mama menghabiskan masa dengan mengajar Al-quran kepada semua golongan usia. 

(Queen Mama❤️❤️❤️)

Perjalanan pahit manis yan kami tempuhi telah banyak mengajar kami untuk saling menyayangi antara satu sama lain walau dimana pun berada. Kesedihan dan kegembiraan yang kami lalui kami kongsi bersama-sama. Namun begitu, abah tetap menjadi tunggak kebahagiaan yang telah lama dibina. Bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Semoga Abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin. Abah always in our heart 💘

(Anak beranak Haji Hussin 👪)

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KALENDAR

Beberapa minggu kelas amali terakhir pula, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020 yang bakal menjelma. Kalenda...