Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH


"Satu-satunya sumber pengetahuan adalah pengalaman"

Assalamualaikum dan selamat kembali semua! Entri kali ini bertajuk "Tip Belajar dengan Mudah" yang akan dikupas. Dalam gambar yang tertera di atas, saya telah memberikan dua tip belajar dengan mudah.

Antara tip mudah belajar dengan mudah yang akan diperbincangankan ialah membuat peta minda dengan teratur. Hal ini demikian kerana, peta minda tidak asing lagi lagi dalma kalangan pelajar. Konsepnya adalah dalam pengembangan nota dan isi-isi penting dalam cabnag dan ranting peta minda tersebut. Cara-cara membuat peta minda adalah bermula dengan topik besar dan meletakkan topik tersebut diletakkan ditengah-tengah peta minda. Kemudian, cabang-cabang akan dilukis menikut kreativiti yang mewakili subtopik subjek. Akhir sekali, ranting-ranting yang lebih kecil pula akan diukir untuk ditempatkan isi-isi penting.

Berikutnya, tip mudah belajar yang kedua pula menggunakan singkatan perkataan iaitu akronim. Akronim ialah kependekan atau penyingkatan bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan sama ada huruf, suku kata atau bahagian daripada perkataan lalu digabungkan atau dicantum untuk membentuk perkataan yang boleh dilafazkan sebagai satu perkataan yang utuh. Kaedah ini sangat sesuai untuk mengingat fakta-fakta dan nota-nota yang bersifat senarai. Tatabahasa Dewan menggariskan empat cara pembentukan akronim iaitu;

  • Cantuman huruf awal perkataan
  • Cantuman huruf dan suku kata perkataan
  • Cantuman suku kata awal perkataan
  • Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bukan perkataan awal yang lain. 

Walau bagaimanapun, ada juga akronim yang terhasil tidak melalui empat cara seperti yang digarsikan oleh Tatabahasa Dewan. Hal ini demikian kerana ada akronim yang terbentuk tanpa mengambil sepenuhnya suku kata dalam rangkai kata berkenaan.

Sekian saja tip belajar dengan mudah daripada saya. Diharap sesiapa yang membaca akan lebih bersemangat untuk belajar dan semoga mengecapi kejayaan pada waktu akan datang.

No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KALENDAR

Beberapa minggu kelas amali terakhir pula, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020 yang bakal menjelma. Kalenda...