Assalamualaikum! Penceritaan kali ini berkenaan tentang penggambaran yang dilakukan oleh kumpulan saya iaitu Gadis Trex Production mengenai asas fotografi. Salah satu asas fotografi yang telah diberikan ialahclose-up berkenaan tentang manusia dan pemandangan. Close-Up ialah gambar yang menampilkan objek dengan lebih dekat. Sebagai contoh, apabila mengambil gambar close-up untuk manusia perlu mengambil dari atas bahu hingga ke atas kepala. Pengambilan gambar ini perlu menampilkan identiti seseorang secara terperinci yang menunjukkan pelbagai emosi. Oleh itu saya akan menceritakan serba sedikit suka duka disebalik tabir sepanjang penggambaran yang telah dilakukan.
Closed-Up (Manusia)
Bagi gambar close-up pertama, gambar ini telah diambil mengikut emosi yang telah diberikan kepada subjek. Subjek dibawah dikehendaki untuk membuat emosi marah. Oleh itu, subjek telah dipaksa oleh ahli kumpulan untuk mengambil "mood" marah sebelum gambarnya diambil. Gambar ini juga telah diambil berlatar belakangkan bunga dan daun-daun kecil mengikut idea oleh subjek. Hasil daripada kreativiti semua ahli kumpulan, gambar ini tampak lebih menarik.
Seterusnya, gambar close-up yang kedua pula, subjek telah memilih emosi sedih. Subjek telah bekerja keras dan bersusah payah untuk mendalami emosi supaya kelihatan lebih sedih dan sendu. Malah subjek juga meletakkan sedikit air mineral di dalam mata supaya kelihatan seolah-olah sedang menangis apabila adanya air mata yang mengalir di pipi.
Berikutnya, gambar close-up yang menunjukkan emosi gembira. Subjek telah membuat mimik muka yang lebih gembira daripada biasa supaya perasaan gembira tersebut dapat dirasai oleh penonton yang melihat gambar subjek. Gambar ini kelihatan lebih ceria berbanding gambar yang menunjukkan emosi marah dan sedih. Hal ini demikian kerana, penggunaan warna tudung yang terang menimbulkan lagi aura positif dalam diri subjek.
Closed-Up (Pemandangan)
Selanjutnya, gambar close-up untuk pemandangan yang pertama ialah gambar lebah. Gambar ini memfokuskan seekor lebah yang berada dalam kelompok bunga yang berwarna kuning. Garisan yang ada di badan lebah tampak lebih kelihatan apabila gambar diambil di sudut atas lebah. Namun, gambar ini diambil secara berhati-hati dan perlahan-lahan agar tiada ahli yang akan disengat oleh lebah.
Berikutnya, gambar bunga telah dipilih sebagai gambar close-up. Bunga ini menjadi pilihan kami kerana mempunyai dua warna yang berbeza iaitu kuning terang dan sedikit warna oren yang menimbulkan warna tersebut. Garisan yang ada pada bunga ini kelihatan lebih cantik dan menarik apabila diambil secara dekat dan terperinci. Gambar ini juga perlu mempunyai sudut yang betul untuk menyerlahkan bentuknya yang unik dan menunjukkan dua garisan warna yang berbeza.
Akhir sekali, kumpulan kami telah memilih untuk mengambil gambar secara dekat yang memfokuskan air yang berada di atas daun tersebut. Daun ini kelihatan lebih menarik apabila adanya bintik-bintik air yang timbil di atas daun. Gambar ini tampak menonjol apabila diambil pada waktu pagi.
No comments:
Post a Comment