Tugasan kedua yang diberi kepada kumpulan kami ialah asas fotografi Long-Shot. Dalam asas fotografi yang telah diberikan dalam kuliah yang lepas, long-shot terbahagi kepada dua iaitu pemandangan dan manusia dan pemandangan sahaja. Oleh itu, dalam fotografi mahupun pembuatan filem, long shot biasanya menunjukkan keseluruhan objek atau gambaran manusia dan biasanya bertujuan untuk meletakkannya dalam hubungan dengan persekitarannya. Gambar ini biasanya diambil dari jarak yang jauh. Kebiasaannya gambar longshot menjadi tumpuan kepada semua golongan masyarakat untuk berkongsi cerita melalui gambar dan dimuatnaik di media sosial. Hal ini demikian kerana, setiap gambar mempunyai ciri-ciri daya tarikan yang tersendiri.
Long Shot (Pemandangan)
Pada gambar yang pertama, long shot pemandangan telah difokuskan kepada bangunan yang paling tinggi di belakang. Malah, pemandangan ini perlu menampakkan persekitaran bangunan tersebut seperti jalan raya, pokok kiri dan kanan, laut dan sebagainya. Bukan itu sahaja, gambar ini mengambil kira Rules Of Third yang dapat menyeimbangi kiri dan kanan pemandangan, Gambar ini diambil berdekatan dengan PICC, Putrajaya.
Seterusnya, gambar pemadangan longshot yang kedua ini diambil di Jepun. Landasan kereta api telah difokuskan dan menjadi pilihan kumpulan kerana mempunyai jalan yang lurus dan boleh menampakkan landasan sehingga ke hujung. Gambar ini telah diambil pada waktu petang dan kelihatan kawasan tersebut agak lengang dan tidak mempunyai ramai orang.
Berikutnya, pemandangan longshot ini juga diambil dari Jepun. Gambar ini difokuskan kepada jalan raya yang lurus. Hal ini demikian kerana gambar yang hendak ditampilkan perlu mempunyai jarak dengan objek yang hendak difokuskan. Kebiasaannya, gambar seperti ini diambil oleh juru gambar yang professional. Hal ini demikian kerana, mereka sangat mementingkan cuaca dan sudut yang tepat supaya gambar yang diambil memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya.
Long Shot (Manusia dan Pemandangan)
Manakala, gambar longshot untuk pemandangan manusia pula akan memfokuskan seseorang individu yang berada di tengah-tengah pemandangan dari jarak yang jauh. Kebanyakkan mereka yang suka melancong di negara luar akan mengambil gambar seperti ini. Hal ini demikian kerana, mereka ingin menampakkan keadaan atau pemadangan di persekitaran tempat yang ingin difokuskan. Pemandangan pantai atau laut sering menjadi minat kepada semua pelancong kerana pemandangan tersebut akan kelihatan lebih luas.
Seterusnya, gambar manusia dan pemandangan seperti ini sangat kreatif kerana pemandangan yang difokuskan ialah bangunan yang tinggi dan objek yang berjalan secara tidak sengaja atau candid. Bukan itu sahaja, gambar ini diambil beberapa kali agar objek tersebut kelihatan lebih bersahaja.
Akhir sekali, gambar pemandangan dan manusia ini antara yang paling mencabar untuk diambil. Hal ini demikian kerana, ukuran sudut sukar dicari dan gambar ini diambil pada waktu tengahari. Namun, perbincangan dan kerjasama dalam kumpulan amat membantu untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.
No comments:
Post a Comment