Assalamualaikum semua, ini merupakan tugasan yang kali ke? Kali ke berapa pun tak terkira dah rasanya ni😆
Sunday, October 20, 2019
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Ia boleh diguna untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk.
Berikutnya, menurut Li dan Chingnell (2010) blog merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbirnya. Sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Oleh itu menulis blog adalah salah satu aktiviti yang berguna bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan kreatif. Hal ini demikian kerana, pelajar akan berasa selesa untuk menulis menggunakan blog memandangkan ia boleh dibuat secara peribadi dengan hanya mempunyai pembaca yang dijemput sahaja untuk membaca pos.
Pada tahun 1991 dalam World Wide Web, penulisan blog telah bermula atas talian sebagai mod untuk berkongsi maklumat. Terdapat tiga ciri utama iaitu mengandungi pautan ke area yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan dan interaktif serta saling berkait. Oleh itu, blog merupakan salah satu platform dimana wujud komunikasi antara penulis dan pembaca.
Berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial terdapat beberapa kajian mengenai penulisan blog. Antaranya ialah menurut Wang dan Woo, melalui penulisan blog pelajar akan merasa cara penulisan mereka bertambah baik dan lebih fleksibel. Blog juga menjalankan interaksi untuk mencipta komunikasi dua hala antara pelajar bersama pelajar atau antara pelajar bersama tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan atau untuk mengekalkan hubungan sosial. Interaksi sebegini akan mendedahkan pelajar kepada penggunaan bahasa sasaran yang sahih di mana akan memberi inspirasi dan cabaran kepada mereka dalam cara yang tidak dapat dirasai di dalam kelas (Campbell, 2005).
Selanjutnya, Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Pertama ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Kelima, mengaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Keenam, menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, dapat membaca dan difahami. Kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Akhir sekali, penulisan perlu berilmu seperti tentang pendidikan dan sebagainya.
Kesimpulannya, blog dapat membantu pelajar untuk mempelajari kesuasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog juga meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Oleh itu, diharapkan penulisan blog ini mampu meningkatkan gaya penulisan pelajar-pelajar.
Wednesday, October 2, 2019
BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA
Assalamualaikum dan selamat kembali lagi sekali:)
Penulisan saya pada hari ini mengisahkan serba sedikit tentang keluarga saya. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya sangat bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang hamoni dan saling menyayangi antara satu sama lain. Secara ringkasnya, saya mempunyai mama dan abah yang tabah dan bekerja keras untuk membesarkan anak anak mereka dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Mama dan abah telah dikurniakan tujuh orang anak dan saya merupakan anak yang keenam. Malah mereka dikurniakan lima orang puteri dan dua orang putera. Bukan itu sahaja, empat daripada kami telah mendirikan rumah tangga dan saya sudah mempunyai seramai dua belas orang anak buah yang cerdik belaka.
Keluarga saya berasal daripada negeri darul naim iaitu Kelantan. Namun dek kerana Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam, Dari segi sejarahnya, nenek moyang sebelah arwah ayah saya berketurunan Thailand kerana Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Pattani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Manakala, sejarah keturunan ibu saya pula berdarah Indian. Keunikan budaya sejarah keluarga kami mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami.
Ayah saya seorang bekas mekanikal pengangkutan awam di salah satu syarikat swasta di Bandaraya Kuala Lumpur manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Dek kerana faktor bekerja di luar negeri, kami sekeluarga telah berpindah dan menetap di Wilayah Persekutuan sejak kecil lagi. Namun, kebahagiaan yang kami rasai hanya pinjaman dan sebentar cuma. Pada 22 September 2014, hero kami telah dijemput Illahi. Keriangan dan kemanisan hidup bekeluarga seperti dahulu tidak kami rasai dikala hilangnya permata hati dalam keluarga. Namun, kekuatan dan kegigihan mama membangkitkan semangat kami adik-beradik untuk meneruskan sisa kehidupan bersama-sama. Setiap masa dan detik hari-hari yang kami lalui, kami sentiasa titipkan doa untuk Abah.
(Mama dan Abah tercinta 👫)
Walaupun begitu, ketabahan mama untuk membesarkan kami bertujuh penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun, kami adik-beradik telah membuktikan bahawa kami mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun kasih sayang seorang ayah tidak kami dirasai sepanjang kami menuntut sebagai pelajar. Kakak-kakak dan abang menjadi idola dan pembakar semangat kepada saya dan adik-adik kami yang lain untuk terus berjaya. Kejayaan yang telah kami kecapi pada masa kini, telah banyak membuat mama gembira dan secara tidak langsung kehidupan kami lebih baik dan baik. Kini, mama menghabiskan masa dengan mengajar Al-quran kepada semua golongan usia.
(Queen Mama❤️❤️❤️)
Perjalanan pahit manis yan kami tempuhi telah banyak mengajar kami untuk saling menyayangi antara satu sama lain walau dimana pun berada. Kesedihan dan kegembiraan yang kami lalui kami kongsi bersama-sama. Namun begitu, abah tetap menjadi tunggak kebahagiaan yang telah lama dibina. Bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Semoga Abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin. Abah always in our heart 💘
(Anak beranak Haji Hussin 👪)
BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH
"Satu-satunya sumber pengetahuan adalah pengalaman"
Antara tip mudah belajar dengan mudah yang akan diperbincangankan ialah membuat peta minda dengan teratur. Hal ini demikian kerana, peta minda tidak asing lagi lagi dalma kalangan pelajar. Konsepnya adalah dalam pengembangan nota dan isi-isi penting dalam cabnag dan ranting peta minda tersebut. Cara-cara membuat peta minda adalah bermula dengan topik besar dan meletakkan topik tersebut diletakkan ditengah-tengah peta minda. Kemudian, cabang-cabang akan dilukis menikut kreativiti yang mewakili subtopik subjek. Akhir sekali, ranting-ranting yang lebih kecil pula akan diukir untuk ditempatkan isi-isi penting.
Berikutnya, tip mudah belajar yang kedua pula menggunakan singkatan perkataan iaitu akronim. Akronim ialah kependekan atau penyingkatan bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan sama ada huruf, suku kata atau bahagian daripada perkataan lalu digabungkan atau dicantum untuk membentuk perkataan yang boleh dilafazkan sebagai satu perkataan yang utuh. Kaedah ini sangat sesuai untuk mengingat fakta-fakta dan nota-nota yang bersifat senarai. Tatabahasa Dewan menggariskan empat cara pembentukan akronim iaitu;
- Cantuman huruf awal perkataan
- Cantuman huruf dan suku kata perkataan
- Cantuman suku kata awal perkataan
- Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bukan perkataan awal yang lain.
Walau bagaimanapun, ada juga akronim yang terhasil tidak melalui empat cara seperti yang digarsikan oleh Tatabahasa Dewan. Hal ini demikian kerana ada akronim yang terbentuk tanpa mengambil sepenuhnya suku kata dalam rangkai kata berkenaan.
Sekian saja tip belajar dengan mudah daripada saya. Diharap sesiapa yang membaca akan lebih bersemangat untuk belajar dan semoga mengecapi kejayaan pada waktu akan datang.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3401Satu2019: Bird's eye view (Gadis Trex Production)
Bird's eye view
Akhir sekali, koleksi gambar bird's eye view. Gambar ini biasanya diambil dari sudut atas atau tinggi. Asas fotografi ini lebih dikenali sebagai melihat pemadangan dibawah cara burung. Kebanyakkan juru gambar dalam negara mahupun luar negara amat menggemari gambar dari sudut atas yang menampakkan keseluruhan kawasan dalam skala yang agak besar dan tinggi. Kebiasaanya mereka menggunakan satu alat yang dipanggil sebagai "drone" untuk mengambil gambar ini. Malah pemandangan gambar dari sudut atas seringkalii muncul di "goole maps" dalam mencari sesuatu lokasi. Oleh itu, ketiga-tiga gambar dibawah membuktikan bahawa bukan mudah untuk mengambil gambar dari sudut atas dengan menggunakan kamera biasa kerana gambar seperti ini memerlukan tempat yang agak tinggi.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
BBM3410Satu2019: Over the shoulder (Gadis Trex Production)
Over The Shoulder
Koleksi gambar yang berikutnya ialah over the shoulder. Gambar ini diambil dari sudut pelbagai sisi atau sisi belakang. Gambar yang diambil adalah merupakan eleman mudah difahami oleh pembaca blogger ini. Ketiga-tiga gambar yang ini menunjukkan gaya bergambar secara bersahaja. Gambar ini memfokuskan kepada orang-orang yang berada di hadapan. Asas fotografi yang ini amat menarik kerana disetiap gambar ada cerita yang tersendiri. Sebagai contoh, pengembaraan bersama rakan-rakan boleh diambil gambar seperti ini untuk menampakkan kelainan dan keunikan dalam persahabatan. Malah, gambar seperti Over The Shoulder ini juga banyak dijadikan iklan, poster dan sebagainya. Oleh itu, bagi blogger gambar seperti Over The Shoulder banyak kelebihan yang boleh diperoleh.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)
Koleksi asas fotografi yang seterusnya ialah mughsot. Mugshot adalah gambar yang diambil oleh pasukan polis kepada seseorang yang ditangkap. Gambar ini akan biasanya memfokuskan wajah depan dan muka seseorang dalam jarak yang rapat. Fungsi mugshot adalah seperti data dari polis untuk merekodkan wajah dan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh seseorang.
Objek yang terpilih secara rawak perlu menggayakan gambar mugshot dengan melibatkan emosi sedih, gembira dan marah. Setiap emosi yang dipaparkan perlu memainkan karakter yang tersendiri. Sebagai contoh, pada gambar yang pertama dapat dilihat objek bersusah payah membuat mimik muka sedih supaya dia kelihatan sedang menangis. Manakala pada gambar yang kedua pula, objek kelihatan sangat gembira. Begitu juga dengan gambar yang terakhir, objek diminta untuk melakuka emosi marah dengan bantuan daripada ahli kumpulan. Ahli kumpulan banyak memberi sokongan untuk menunjukkan contoh kepada objek supaya emosi yang ditonjolkan kelihatan seperti sebenar.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak cabaran dan halangan yang perlu kami tempuhi. Namun tugasan yang diberikan banyak memberi input yang mengenai asas fotografi. Hal ini demikian kerana, setiap gambar yang diambil perlu ada cara dan peraturan agar gambar tersebut mempunyai identiti yang tersendiri dan perlu dijaga kualitinya.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)
Medium Shot (Pemandangan)
Koleksi gambar seterusnya ialah medium shot. Asas fotografi ini juga terbahagi kepada dua iaitu medium shot pemandangan dan manusia dan pemandangan sahaja. Apa yang menarik gambar yang diambil daripada gambar medium shot ialah pemandangan yang hendak difokuskan lebih dekat dan menarik. Gambar 1 telah diambil di salah satu taman tema di Jepun. Gambar ini kelihatan lebih ceria apabila pemandangan tersebut mempunyai warna yang lebih daripada satu. Manakala, gambar 2 memfokuskan pokok-pokok yang disusun rapi dan mempunyai lebih daripada satu jenis pokok. Gambar yang 3 pula memfokuskan jambatan lama yang masih digunakan oleh orang ramai dan kukuh. Ketiga-tiga gambar dibawah dapat dilihat keunikan warna, sudut amat memainkan peranan penting untuk menonjolkan sesuatu pemandangan. Gambar ini juga seringakali diambil oleh pelancong yang memaparkan keindahan pemadangan yang ada di sesebuah negara. Bukan itu sahaja, gambar ini boleh menjadi contoh kepada juru gambar yang masih baru dalam dunia penggambaran
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Medium Shot (Pemandangan dan Manusia)
Selain itu, ketiga-tiga gambar medium shot yang melibatkan pemandangan dan manusia juga seringkali diambil oleh semua orang. Hal ini demikian kerana, disetiap gambar yang diambil, objek amat mementingkan pemandangan yang jelas dan sesuai gaya yang ingin ditonjolkan oleh mereka. Sebagai contoh, pada gambar keempat objek memaparkan gaya lebih bersahaja dan memakai baju yang berwarna hijau muda agar kelihatan lebih menonjol. Begitu juga dengan gambar yang kelima, objek memakai baju yang bewarna agak terang supaya objek kelihatan lebih jelas dengan jarak yang agak dekat. Akhir sekali, objek lebih selesa menggayakan postur badan ke sisi supaya kelihatan lebih tinggi. Ketiga-tiga objek mempunyai gaya yang tersendiri supaya gambar yang diambil tidak begitu kekok. Akhir sekali, percaya ataupun tidak gaya seperti ini lebih digemari oleh kaum wanita daripada lelaki kerana wanita sangat mementingakn postur badan dan sudut yang betul.
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)
Tugasan kedua yang diberi kepada kumpulan kami ialah asas fotografi Long-Shot. Dalam asas fotografi yang telah diberikan dalam kuliah yang lepas, long-shot terbahagi kepada dua iaitu pemandangan dan manusia dan pemandangan sahaja. Oleh itu, dalam fotografi mahupun pembuatan filem, long shot biasanya menunjukkan keseluruhan objek atau gambaran manusia dan biasanya bertujuan untuk meletakkannya dalam hubungan dengan persekitarannya. Gambar ini biasanya diambil dari jarak yang jauh. Kebiasaannya gambar longshot menjadi tumpuan kepada semua golongan masyarakat untuk berkongsi cerita melalui gambar dan dimuatnaik di media sosial. Hal ini demikian kerana, setiap gambar mempunyai ciri-ciri daya tarikan yang tersendiri.
Long Shot (Pemandangan)
Pada gambar yang pertama, long shot pemandangan telah difokuskan kepada bangunan yang paling tinggi di belakang. Malah, pemandangan ini perlu menampakkan persekitaran bangunan tersebut seperti jalan raya, pokok kiri dan kanan, laut dan sebagainya. Bukan itu sahaja, gambar ini mengambil kira Rules Of Third yang dapat menyeimbangi kiri dan kanan pemandangan, Gambar ini diambil berdekatan dengan PICC, Putrajaya.
Seterusnya, gambar pemadangan longshot yang kedua ini diambil di Jepun. Landasan kereta api telah difokuskan dan menjadi pilihan kumpulan kerana mempunyai jalan yang lurus dan boleh menampakkan landasan sehingga ke hujung. Gambar ini telah diambil pada waktu petang dan kelihatan kawasan tersebut agak lengang dan tidak mempunyai ramai orang.
Berikutnya, pemandangan longshot ini juga diambil dari Jepun. Gambar ini difokuskan kepada jalan raya yang lurus. Hal ini demikian kerana gambar yang hendak ditampilkan perlu mempunyai jarak dengan objek yang hendak difokuskan. Kebiasaannya, gambar seperti ini diambil oleh juru gambar yang professional. Hal ini demikian kerana, mereka sangat mementingkan cuaca dan sudut yang tepat supaya gambar yang diambil memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya.
Long Shot (Manusia dan Pemandangan)
Manakala, gambar longshot untuk pemandangan manusia pula akan memfokuskan seseorang individu yang berada di tengah-tengah pemandangan dari jarak yang jauh. Kebanyakkan mereka yang suka melancong di negara luar akan mengambil gambar seperti ini. Hal ini demikian kerana, mereka ingin menampakkan keadaan atau pemadangan di persekitaran tempat yang ingin difokuskan. Pemandangan pantai atau laut sering menjadi minat kepada semua pelancong kerana pemandangan tersebut akan kelihatan lebih luas.
Seterusnya, gambar manusia dan pemandangan seperti ini sangat kreatif kerana pemandangan yang difokuskan ialah bangunan yang tinggi dan objek yang berjalan secara tidak sengaja atau candid. Bukan itu sahaja, gambar ini diambil beberapa kali agar objek tersebut kelihatan lebih bersahaja.
Akhir sekali, gambar pemandangan dan manusia ini antara yang paling mencabar untuk diambil. Hal ini demikian kerana, ukuran sudut sukar dicari dan gambar ini diambil pada waktu tengahari. Namun, perbincangan dan kerjasama dalam kumpulan amat membantu untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.
BBM3401Satu2019: Closed-Up (Gadis Trex Production)
Assalamualaikum! Penceritaan kali ini berkenaan tentang penggambaran yang dilakukan oleh kumpulan saya iaitu Gadis Trex Production mengenai asas fotografi. Salah satu asas fotografi yang telah diberikan ialahclose-up berkenaan tentang manusia dan pemandangan. Close-Up ialah gambar yang menampilkan objek dengan lebih dekat. Sebagai contoh, apabila mengambil gambar close-up untuk manusia perlu mengambil dari atas bahu hingga ke atas kepala. Pengambilan gambar ini perlu menampilkan identiti seseorang secara terperinci yang menunjukkan pelbagai emosi. Oleh itu saya akan menceritakan serba sedikit suka duka disebalik tabir sepanjang penggambaran yang telah dilakukan.
Closed-Up (Manusia)
Bagi gambar close-up pertama, gambar ini telah diambil mengikut emosi yang telah diberikan kepada subjek. Subjek dibawah dikehendaki untuk membuat emosi marah. Oleh itu, subjek telah dipaksa oleh ahli kumpulan untuk mengambil "mood" marah sebelum gambarnya diambil. Gambar ini juga telah diambil berlatar belakangkan bunga dan daun-daun kecil mengikut idea oleh subjek. Hasil daripada kreativiti semua ahli kumpulan, gambar ini tampak lebih menarik.
Seterusnya, gambar close-up yang kedua pula, subjek telah memilih emosi sedih. Subjek telah bekerja keras dan bersusah payah untuk mendalami emosi supaya kelihatan lebih sedih dan sendu. Malah subjek juga meletakkan sedikit air mineral di dalam mata supaya kelihatan seolah-olah sedang menangis apabila adanya air mata yang mengalir di pipi.
Berikutnya, gambar close-up yang menunjukkan emosi gembira. Subjek telah membuat mimik muka yang lebih gembira daripada biasa supaya perasaan gembira tersebut dapat dirasai oleh penonton yang melihat gambar subjek. Gambar ini kelihatan lebih ceria berbanding gambar yang menunjukkan emosi marah dan sedih. Hal ini demikian kerana, penggunaan warna tudung yang terang menimbulkan lagi aura positif dalam diri subjek.
Closed-Up (Pemandangan)
Selanjutnya, gambar close-up untuk pemandangan yang pertama ialah gambar lebah. Gambar ini memfokuskan seekor lebah yang berada dalam kelompok bunga yang berwarna kuning. Garisan yang ada di badan lebah tampak lebih kelihatan apabila gambar diambil di sudut atas lebah. Namun, gambar ini diambil secara berhati-hati dan perlahan-lahan agar tiada ahli yang akan disengat oleh lebah.
Berikutnya, gambar bunga telah dipilih sebagai gambar close-up. Bunga ini menjadi pilihan kami kerana mempunyai dua warna yang berbeza iaitu kuning terang dan sedikit warna oren yang menimbulkan warna tersebut. Garisan yang ada pada bunga ini kelihatan lebih cantik dan menarik apabila diambil secara dekat dan terperinci. Gambar ini juga perlu mempunyai sudut yang betul untuk menyerlahkan bentuknya yang unik dan menunjukkan dua garisan warna yang berbeza.
Akhir sekali, kumpulan kami telah memilih untuk mengambil gambar secara dekat yang memfokuskan air yang berada di atas daun tersebut. Daun ini kelihatan lebih menarik apabila adanya bintik-bintik air yang timbil di atas daun. Gambar ini tampak menonjol apabila diambil pada waktu pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410SATU2019: KALENDAR
Beberapa minggu kelas amali terakhir pula, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020 yang bakal menjelma. Kalenda...
-
"SWAFOTO BERSAMA PROF" Prof nak tahu tak, kebiasaannya @khaireenadriyana akan bawak motor slow slow sambil berzikir tak...
-
Koleksi asas fotografi yang seterusnya ialah mughsot. Mugshot adalah gambar yang diambil oleh pasukan polis kepada seseorang yang ditangk...