Saturday, December 21, 2019

BBM3410SATU2019: KALENDAR

Beberapa minggu kelas amali terakhir pula, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020 yang bakal menjelma. Kalendar ini lengkap dengan kata-kata motivasi bersama dengan orang tersayang💖 

Yang tiada gambar dalam kalendar ini pun saya sayang 👄



Muka Depan :)

 Bulan 1

Bulan 2


Bulan 3

Bulan 4


Bulan 5

Bulan 6

Bulan 7


Bulan 8


Bulan 9


Bulan 10


Bulan 11


Bulan 12





BBM3410SATU2019: FACEBOOK (KATA-KATA MOTIVASI & RINGKASAN)

Minggu amali selanjutnya, kami diberi tugasan oleh tutor kesayangan ramai untuk membina satu kata-kata motivasi dalam buku Eh!!! Media Sosial dan membuat ringkasan Bab 5: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2019. Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.


Seterusnya, membuat ringkasan Bab 5: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.

Terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi yang telah dirincikan oleh Tarone (1977) iaitu pengekalan, parafasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Pertama, parafrasa terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penghampiran yang bermaksud penggunaan item perbendaharaankata atau struktur bahasa sasaran yang diketahui oleh pelajar tidak betul, tetapi yang berkongsi ciri semantik dengan item yang diinginkan untuk memuaskan pembicaraan. Berikutnya, parafrasa (circumlocution) ciri-ciri atau tindakan dan bukannya menggunakan struktur bahasa sasaran yang sesuai. Kedua, pemindahan secara sedar pula terbahagi kepada terjemahan literal iaitu terjemahan perkataan untuk perkataan dari bahasa ibunda dan pertukaran bahasa (language switch) iaitu istilah bahasa ibunda tanpa perlu bersusah payah untuk menterjemahkan. Ketiga, meminta pertolongan pula merupakan startegi komunikasi yang memerlukan jawapan. Keempat, mimikan menjelaskan bahawa terdapat peniruan dalam komunikasi. Misalnya, pelajar akan menggunakan strategi bukan lisan sebagai pengganti struktur makna. Akhir sekali, pengelakan pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengelakan topik ialah menerima perbendaharaan kata atau struktur makna lain tidak diketahui oleh mereka dan pengabaian mesej (message abandonment) iaitu tidak dapat meneruskan komunikasi kerana kekurangan struktur makna serta berhenti di pertengahan interaksi, ujaran dan ucapan.

Seterusnya, menurut Dornyei dan Scott (1997) terdapat 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda.

Taksonomi dalam strategi komunikasi yang pertama ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat. Pengelakan topik pula merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Ketiga, penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata. Keempat, penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Kelima, penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik. Keenam, ciptaan perkataan baharu pula merupakan cipataan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Ketujuh, penstrukturan semula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Kelapan, terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran. Penukaran kod pula bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Akhir sekali, penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Akhir sekali, antara pendekatan strategi komunikasi yang dijelaskan oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2018e pula ialah singkatan. Strategi komunikasi singkatan perkataan digunakan, namun mempunyai makna yang sama. Misalnya, adik nak mainan itu. Berikutnya, perkataan baharu tiada makna. Pendekatan ini bermaksud perkataan yang digunakan namun tidak mempunyai makna dalam kamus. Misalnya, dia kong bila dah penat berlari. Selanjutnya, penafian atau percanggahan yang memberi maksud perkataan atau ayat yang menunjukkan penafian tentang ayat diberi. Mesej dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat pengakuan yang negatif daripada seseorang. Mesej itu juga sering terjadi apabila seseorang itu tidak bersetuju dengan apa yang dibicangkan. Misalnya, saya membangkang cadangan kamu itu kerana tidak realisitik.

Oleh itu, pendekatan strategi komunikasi di atas menunjukkan pendekatan komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks.

Soalan: Adakah anda memahami pendekatan strategi komunikasi yang dikemukakan oleh Tarone?

Sumber:
Dornyei, Z., & Scott, M. L. (1997). Communication Strategies in a Second Language. definitions and Taxonomies. Language Learning, 47:173-210.


Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7(1): 11-16.
Normaliza Abd Rahim, 2019, Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.










BBM3410SATU2019: FACEBOOK (Rumusan Strategi Komunikasi)

STRATEGI KOMUNIKASI

Menurut Tarone (1980: 420) strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Manakala Slinker (1972) pula beranggapan bahawa strategi komunikasi sebagai pendekatan yang digunakan dalam komunikasi di antara satu sama lain

Seterusnya, komunikasi dilakukan dalam bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Adakalanya komunikasi berlaku melalui peralatan digital yang terkini bagi tujuan penyampaian mesej dengan lebih berkesan dan cepat. Biasanya komunikasi berlaku dengan menggunakan strategi yang bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan. Malah komunikasi yang berkesan boleh berlaku dengan melibatkan emosi seseorang penutur tersebut. Adakalanya komunikasi berlaku dengan strategi bahasa isyarat ataupun bahasa badan. Hal ini berlaku apabila mesej yang ingin disampaikan itu berlaku dengan menggunakan bahasa sebutan ataupun ujaran.

Berikutnya, kajian yang dilakukan oleh Weber & Grauer (2019) hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Hue (2017) yang mana komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia.

Di samping itu, Zerfass et al. (2018) menyatakan bahawa strategi komunikasi perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Hal ini kerana strategi komunikasi dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat dalam komunikasi berasa puas hati kerana mesej difahami dengan baik.

Winkler & Etter (2018) pula menggambarkan bahawa strategi komunikasi sebagai satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan. Kajian ini hampir sama dengan O' Connor et al. (2010) mengenai pendekatan dimensi rangkaian pelbagai arah strategi komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang dikaji merupakan komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan perhubungan awam. Setiap komunikasi mempunyai elemen yang dapat membantu dalam proses komunikasi bagi mereka yang ingin menyampaikan mesej.

Nothhaft et al. (2018) pula menggambarkan strategi komunikasi sebagai refleksi elusive yang mengandungi konsep yang mudah difahami. Berikutnya, kajian oleh Nothhaf et al. (2018) menekankan tentang kepentingan strategi komunikasi dalam menyebarkan budaya dalam kalangan masyarakat kelompok yang mempunyai pemikiran yang sama iaitu membincangkan perkara yang dipersetujui dan difahami oleh semua pihak. Malah, Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan bahawa setiap apa yang ingin diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang.

Sumber: Normaliza Abd Rahim. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Teori dan Aplikasi.
Penerbit : UMT

BBM3410SATU2019: FACEBOOK

Assalamualaikum sahabat handai,
Baiklah, ini merupakan tugasan pertama di media sosial Facebook. Saya telah diberikan tiga tugasan iaitu membuat aktiviti 2 iaitu kapsyen cerita pendek anda lalui setiap hari dalam buku Eh!!! Media Sosial, membuat pantun dua rangkap dan membuat rumusan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019).

Meh lah ikuti saya di akaun Facebook (Syamimie Hussin).






Wednesday, December 18, 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah sampai penghujung dah kita ni. Rasa macam baru semalam je masuk belajar. Tup tup berapa hari je lagi nak habis belajar. Cepat betul masa berlalu kan. Sepanjang 7 semester bergelar sebagai mahasiswa ni, semester ke 7 paling haru biru kehidupan seorang syamimie. Mana nak kejar PITA lagi, nak kejar SV lagi, asssignment yang tak pernah siap. Peh perit beb! Lepastu pula, kebiasaanya orang kata kalau sem akhir ni kelas dah tak banyak, assigment pun makin kurang.  Rupa-rupanya itu hanya khayalan semata-mata. Tapi betul lah, kata orang ni banyak salah daripada betul haha. 

Kalau Prof nak tahu lah kan, subjek Multimedia dalam Bahasa cukup famous lah diperkatakan oleh junior-junior dan senior-senior sebelum ni. Mereka kata macam ni "Eh, kau nak tahu tak subjek prof N kau kena jadi artis tau, sebab kau kena buat tugasan yang selalu shoting je diman-mana, ala ala artis gitu", itu lah yang mereka kata. Saya pun tak lepas peluang lah prof. Sebelum daftar subjek Multimedia ni, saya dah tengok dah apa antara tugasan yang prof bagi dekat mereka. Belek lah satu-satu tugasan dekat Youtube tu, saya siap praktis lagi tau. Dalam otak ni dah set dah, sem depan nak buat lagu apa, tarian macam mana. Sebab subjek prof ni dekat betul dengan hati saya. Sejujurnya, saya memang suka sangat dengan seni lakonan, huish kalau bab berlakon tu yakin je walaupun kelaut hahaha tapi saya suka cuba perkara baru. 

Tup-tup bila dah masuk kelas prof, mengigil juga lah kaki tangan ni. Sebabnya prof kan banyak pantang larang hehe, tak boleh pakai selipar, kena datang kelas awal, kalau tak cukup ahli tak boleh present. Setiap kali nak present, setiap kali tu lah kelam kabut kira ahli cukup ke tak. Kalau salah seorang tak datang, memang tunggu nak kena tibai je. Lagi-lagi saya dipertangungjawabkan untuk menjadi ketua kepada Gadis Trex, memang hangin je aku (hehe cerita nak gempak je kan). Jujur saya katakan jadi ketua tak mudah ye, pandangan dan cadangan setiap ahli saya kena peka, Sumpah prof, lepas ni saya nak jadi rakyat marhaen je. Tak nak dah jadi ketua HAHAHAH (mestilah gurau lagi). Sepanjang saya memerintah di bawah jajahan Gadis Trex ni, saya rasa ahli kumpulan sangat memberikan kerjasama yang sangat tiptop. Walaupun setiap kali ada tugasan, mesti ada percanggahan pendapat namun kami selesaikan dengan cara baik. Bagi saya, dalam apa apa pun perbincangan perlu ada komunikasi yang baik. Tipu lah kalau saya kata tak stress sepanjang memerintah. Ada orang nak macam ni, yang tu pulak nak macam tu. Kalau ikut skala serabut tu, adalah dalam150 peratus hoho. Tapi, apa pun yang berlaku, saya perlu profesional bila buat keputusan. Saya cuba untuk tidak meletakkan emosi perempuan-perempuan dan mendengar satu-satu pendapat mana yang terbaik. Namun, saya tahu saya bukanlah ketua yang baik tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik. Gitu



Terima kasih rakyat-rakyat jelata saya iaitu miza, farah, ijah, afza, khaireen, kyra, thirah, aten, bilah dan hanna kerana banyak membantu saya dikala saya buntu dan sendu. Mereka semua merupakan tulang belakang yang paling kuat dan  banyak membantu untuk memudahkan kerja saya sebagai ketua.





Tidak lupa juga kepada Prof Normaliza semestinya yang banyak sangat mencurah ilmu baru. Sungguh saya tidak jangka, dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu ni ada subjek yang melibatkan lakonan, nyanyian dan tarian. Boleh lah saya bagitahu kepada adik- adik yang lain supaya ambik jurusan Linguistik Melayu di UPM. Sumpah tak menyesal dapat belajar asas fotografi sebab selama ni ambik gambar main ikut sesedap rasa je. Macam mana pula nak ambik video dengan teknik yang betul. Belajar untuk jadi pengarah yang berdedikasi, Eh yang penting, best lah subjek prof  ni hahaha.


Bersama Prof Normaliza


Akhir sekali, mesti lah saya tak lupa dekat tutor kesayangan ramai ni haa. Hai Encik Akmal hehe. Terima kasih en akmal sebab dah banyak ajar kami semua lagi lagi tugasan yang terakhir iaitu macam mana nak buat kalendar muka sendiri dengan kata kata semangat walaupun dah banyak kali saya kata saya memang susah nak ada kata-kata. Hehe. Gigih jugak lah nak buat kalendar guna Adobe Photoshop dengan laptop buat hal haih. Rupa rupanya tak susah mana pun buat kalendar guna photoshop. Kalau dulu saya pernah belajar sendiri nak guna photoshop tapi setengah jalan je lah sebab susah nak faham apa yang tutorial dalam youtube tu cakap. Tapi bila en akmal yang ajar, masyaAllah. Aura dia lain macam (cewah), ajar sekali pun dah faham (walhal cuak punya pasal takut kena marah haha). Halalkan segala ilmu yang diberi. Minta maaf juga sebab selalu tak dengar kata, merungut sikit. Doakan saya dan rakan rakan dapat mengharungi liku-liku kehidupan dengan teratur dan boleh berjaya macam en akmal ye.





Sekian sahaja coretan terakhir daripada saya. salam sayang GADIS TREXKU!










Sunday, December 15, 2019

BBM3410SATU2019: VIDEO VLOG MAKANAN


https://www.youtube.com/watch?v=MXGOD-pysQo&t=6s

BBM3410SATU2019: VIDEO SAYA TAHU (ONE SHOT THREE LAYER)


https://www.youtube.com/watch?v=kCa8IAjynUc

BBM3410SATU2019: VIDEO TRAGEDI DAN SERAM (BERKUMPULAN)



https://www.youtube.com/watch?v=KA1L8I9vgck&t=115s

BBM3410SATU2019: VIDEO SERBUK PENCUCI BAJU (BERKUMPULAN)


Kalau semua nak tahu, tugasan yang ini merupakan tugasan yang pertama dan terakhir dilakukan dalam bilik kuliah kalau tak silap saya hehe. Harap tak silap lah. Sebab sebelum ini biasanya tugasan yang Prof N bagi, kami akan buat di luar kawasan UPM. Tugasannya adalah kami perlu membuat rekaan sabun jenama sendiri dengan melukiskan di atas kertas. Sebanyak 6 sabun yang telah kami reka tau. Haa, mesti lah unik. Tak tengok tak fahu kan. Jangan lupa tonton ye. 

BBM3410SATU2019: VIDEO TEMU BUAL PENSYARAH (BERKUMPULAN)





Tugasan kali ini pula, kami perlu menemubual seorang pensyarah dan seorang pelajar berkenaan penggunaan multimedia. Jadi kami telah memilih Encik Bukryman Bin Sabri yang merupakan salah seorang pensyarah di Fakulti Ekologi dan Annis pula merupakan pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan bahasa jerman. Kalau nak tahu pandangan mereka berdua mengenai multimedia, jom tonton sama-sama. 

https://www.youtube.com/watch?v=S81Clh_Jc5Y&t=13s

BBM3410SATU2019: VIDEO FOKUS BUNGA (BERKUMPULAN)





Assalamualaikum rakyat blogger! Selamat datang ke blog saya lagi sekali hehe. Bagi entri pada kali ini kunpulan kami telah membuat video fokus iaitu kami memfokuskan bunga sebagai watak utama. Mesti semua nak tahu kan kenapa video kali ni mesti kena ada fokus? Haaaa cerita dia macam ni, prof N telah bagi kami satu tugasan dimana setiap kumpulan perlu membuat video dengan memfokuskan sesuatu benda. Namun bukan hanya sekadar fokus tetapi perlu juga ada penceritaan yang menarik tau. Jadi kalau nak tahu apa yang terkjadi dengan kisah bunga diakhir penceritaan ini, mesti lah kena tonton. Bak kata pepatah, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan jadi alang alang dah tonton jangan lupa tekan butang like ye hehe. 

Selamat menonton. 

https://www.youtube.com/watch?v=FJ3EOoWFFII&t=16s

Saturday, December 14, 2019

BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 12 (SWAFOTO BERSAMA PROF DAN EMOJI)



"SWAFOTO BERSAMA PROF"

Prof nak tahu tak, kebiasaannya @khaireenadriyana akan bawak motor slow slow sambil berzikir tak pun karaoke atas motor. Tapi hari kejadian nak pergi ambik gambar dengan prof tu jangan kata zikir, bismillah pun tak sempat 😂. Laju berdesup dia bawak haritu, katanya takut prof hilang nanti susah kita. Bila dah sampai kelam kabut betul lah lari pergi tengok prof ada dalam ofis ke tak. Kalau prof nak tahu cita cita saya dulu nak jadi pelakon. Cewah, angan angan mat jenin 😁. Tup tup masuk kelas prof dapat jadi pelakon tak berbayar hehe. Alhamdulillah prof dah realisasikan impian saya walaupun bukan di layar tv. Ilmu tu yang penting. Jadi sesiapa nak ambil saya jadi pelakon boleh dm saya sekarang! Hehehhe

#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu12InstagramDua
#SwafotoBersamaProf
#2Disember2019
#pelakontambahanpunjadilah



"EMOJI"

Muka macam ni automatik akan keluar bila orang tak kenal tanya "eh adik beradik ke? Muka tak sama pun" 🙁. Aku dengan yaya akan cakap "eh eh, kita kenal ke?" Selepas itu, mereka berlalu pergi meninggalkan tanda tanya.


#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu12InstagramSatu 
#Emoji
#2Disember2019
#partnerincrime





Alhamdulillah, betul lah orang kata. Prof Normlaiza memang sangat sangat baik hati! Tak lokek like dan comment 💜

BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 11 (IBU DAN KEBERKATAN)



"IBU"

Minggu lepas kita dah cerita berkenaan tentang kebahagiaan kan. Okay kalini kita nak cerita khas tentang bonda. Eh memang kalau ikut syamimie ni nama mama boleh tukar tukar sat bonda sat mama sat ibu. Bervariasi gitu hehe🤩. Antara perbualan paling femes lah kalau mimie balik rumah.

Mama: Ya Allah bagus betul kalau mimie balik. Ringan sikit beban mama. Kemas rumah, basuh baju, tolong masak. Kalau macam ni, mama ambik tiap tiap minggu pun tak apa. Comey je lah dok.

Mimie: Betul ke ma? Boleh kahwin doh ko?  HAHAHHAHA

Mama: Penat penat mama tuai padi nak tunggu hasil, kahwin dulu yang dia minta. MasyaAllah anak aku.

Mimie: haha gurau lah mama. Anak mama tak cantik siapa je yang nak

Mama: haa tau pun. Kalau mie tu betul anak mama, mimpi je lah mie nak cantik.

Mimie: amboi ragu ragu kecantikan anak sendiri.
.

Sejujurnya kemas rumah ni best tapi yang tak bestnya bila kita kemas adik kakak kita sepahkan. Eh memang jarang lah tak kena jeritan singa gue. Kalau boleh hari hari nak kena suruh. Sebab tu mama suka i balik, sebab ada orang pantau rumah haha😂

#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu11InstagramSatu 
#Ibu
#25November2019
#Nakpulang😭




"KEBERKATAN"

Nampak mudah tapi perkara macam ni orang selalu pandang enteng. Nampak duit tepi jalan main ambik je walaupun dah tahu benda ni salah. Tapi tabiat kan. Dah biasa buat. Kalau bukan hak kita sampai bila bila bukan hak kita. Kadang-kadang orang kata "ala, 10 sen je. Takde nya dia nak ambik balik". Mana kita tahu, kot kot dia patah balik cari duit 10 sen sebab nak beli aiskrim 1 malaysia tak cukup haaa. Waktu kecik kecik dulu, arwah atuk selalu pesan hidup kita ni berputar tau. Kalau kita ambik 10 sen, kita mungkin akan hilang RM1. Kalau kita ambik RM1, kita mungkin akan hilang RM10. Yes benda ni memang jadi. Sebab duit yang kita ambik tu tak berkat ye anak anak. Bersedekah lagi baik daripada ambik hak orang. Walaupun cringe tapi tu lah bekalan akhirat kita ❤️

#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu11InstagramDua
#Keberkatan
#25November2019
#betulkanyangbiasabiasakanyangbetul




Alhamdulillah, prof saya sangat rajin dan baik hati sebab setiap minggu mesti ada je komen dan likes hehe 💋

BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 10 (KELEGAAN DAN KEGEMBIRAAN)


"KELEGAAN"

Kali ni kita cerita sikit berkenaan dengan "kelegaan". Lega bagi syamimie ni bila tengok adik dia membesar. Makin lama makin tinggi makin tak cari gaduh dah haha. Ramai orang kata muka kami sama. Betul ke? Part mana entah yang sama hehe. Lega bila tengok adik boleh berdikari di negeri orang (johor je pun) , kalau tak selalu berkepit je lah bawak ketiak mama. Masa nak hantar adik pun mama nangis em. Anak bongsu mama lah kan tapi nampak tak mama sayang siapa lebih. Mesti lah SYAMIMIE! Mestilah taknak kalah! Mama risau betul anak teruna dia berjauhan dengan dia. Hari hari tanya adik dah makan ke. Kalau tak, setiap kali balik adik batuk batuk demam tak kebah kebah sebab roommates dia smoking dalam bilik. Masa tu memang kami semua tak lega😂 sekarang dah okay sikit lepas kena marah. Sebelum ni adik sabar betul dengan kawan kawan dia. Pesanan ringkas ye untuk adik adik dan abang abang  yang smoking. Tolong ada common senses sikit. Tak pun pergi jauh jauh jangan smoking depan orang.

#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu10InstagramSatu 
#Kelegaan
#18November2019
#Bajuyangdiapakaipunbajusaya




"KEGEMBIRAAN"

Gembira bagi saya mestilah bonda saya! My happy pills. Sebab mak kita adalah kawan baik kita yang paling memahami apa anak dia rasa. Kalau rasa sedih je, dapat dengar suara mama pun dah gembira. Mama bukan hanya seorang ibu je tapi boleh jadi geng shopping, geng share story, geng masak, geng janji tak nak makan malam tapi tiba tiba lapar, geng fashionista, geng pinjam baju masing masing😂. Mama is everything! Konklusinya  kalau mama gembira, saya sejuta kali gembira. 

#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu10InstagramDua
#Kegembiraan
#18November2019
#lightingfittingroommemangpadu




Alhamdulillah, yeayyyyy dapat likes dan comment lagi dari prof 👍

BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 9 (KEREDHAAN DAN KEREDHAAN)





"KEREDHAAN"

Sepanjang syamimie belajar di UPM hampir 3 tahun lebih ni, sukar betul nak faham perkataan REDHA. Jangan kata nak faham nak ikhlaskan hati tu lagi susah.
Redha tak dapat balik rumah jumpa syurga,
Redha buat assignment akhir akhir baru nak sedar,
Redha member tinggal kita,
Redha tiba tiba tahu orang yang sayang kita rupanya pura pura sayang. Cewah. TAPI MEMANG ADA. HAHAHAHA
Tapi apa yang paling redha bila tiap tiap minggu kena buat video yang Prof. Dr. Normaliza minta. 
Redha ambik gambar atas jalan,
Redha jadi pelakon bidan terjun,
Redha tiba tiba boleh menyanyi 😂.
.

Sejak sejak masuk kelas prof saya dah belajar macam mana nak redhakan jiwa dan raga. Hati kena kental beb. Yang penting hang jatuh hang bangun sendiri. Jangan harapkan keredhaan orang lain. Nah muka redha!
.
#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu9InstagramDua
#Keredhaan
#11November2019
#tataplahmukague




"KETENANGAN"

Konsep tenang bagi syamimie ni berubah ubah. Boleh jadi nak dapat ketenangan tu makan je, makan tu makan ni. Perempuan pula kan, macam macam hal. Boleh jadi nak dapat tenang tu, duduk sambil muhasabah diri. Tanya diri sendiri kenapa kau tak tenang. Haa gitu lepastu sendu haha. Tapi sejak sejak nak habis belajar ni nak dapat ketenangan tu paling best bila dapat pegi jalan jalan dengan orang yang kita ngam. Nak nak bila dugaan tu datang sekali gus. Pedih beb. Walaupun pergi tak jauh mana pun tapi bila dapat spend time sama sama tu best. Hati pun rasa gembira je. Mungkin hari esok lain pula cara nak dapat ketenangan. Perempuan kan 😂

#ProfDrN2019Satu 
#BBM3410Satu2019
#Minggu9InstagramSatu
#Ketenangan
#11November2019
#tenangkahdikau





Yeayyyyy, kedua-dua gambar di ig saya dapat likes dan comment daripada prof 💓

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (Flat Lay Kumpulan)



Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai semua pembaca blog saya! Siapa dah tengok flat lay makanan yang saya buat sebelum ni? Cepat mengaku saya nak bagi hadiah ni hehe. Yang menariknya gambar flat lay kali ni saya buat bersama-sama dengan kumpulan gadis trex tau. Bukan makanan sahaja yang ada malah ada minuman, manusia, objek dan macam macam lagi. Haa menarik kan! 

Jadi apa lagi yang ditunggu-tunggu tu, jom tonton video flat lay gadis trex!

https://www.youtube.com/watch?v=1CAdTNhLR9Y

BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)


Hola sahabat semua! Awak semua pernah tengok tak macam mana simpulan bahasa bila diolahkan dalam gambar? Mesti tak jumpa di mana-mana kan. Haa daripada dok tertanya-tanya tu meh tengok kumpulan kami buat olahan perkataan simpulan bahasa melalui gambar. Haaaa ayuh jangan lupa sedekah like ye hehe ❤️

https://www.youtube.com/watch?v=qG8Kvia5gQg

BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret dan Swafoto)


Hai sahabat handai! Bertemu lagi kita pada kali ini untuk melihat bagaimana gadis-gadis trex mempunyai ekspresi wajah yang jelita dan menawan apabila mengambil gambar secara potret dan berswafoto bersama-sama 😂.
Selamat menonton ❤️

https://www.youtube.com/watch?v=TG3kik4C6ZA

Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 2




Assalamualaikum teman-teman seperjuagan saya! Okay kita berhenti seketika melihat video. Jom kita tengok pula apa yang kumpulan kami lakukan untuk fotografi. Cantik ke idok? Hehehe

Bagi fotografi kali ini kami telah memaparkan beberapa jenis fotografi yang cantik dan menarik. Cewah (puji kumpulan sendiri tak salah kan). Antaranya adalah gambar pemandangan, silhoutte, pendua cermin, pendua air, bayang manusia, bayang manusia dan objek, kabur manusia, kabur haiwan, kabur tumbuhan dan kabur objek.

Jom sama-sama tonton video kumpulan saya. Jangan lupa like ye :)

https://www.youtube.com/watch?v=HEz9vYctOHM

Wednesday, December 11, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO VLOG KONVOKESYEN UPM (BERKUMPULAN)





Haluuuu teman-teman blogger saya. Rindu saya tak? hehe

Okay kali ni saya dan teman-teman diberikan tugasan yang agak berlainan daripada sebelum ini. Kami perlu membuat satu vlog sempena konvokesyen kali ke 43 di UPM. Video kali ni agak mencabar kerana kami perlu membuat liputan apa yang ada sepanjang sempena konvokesyen berlangsung. 

Misi utama kami membuat vlog pertama adalah kami diminta untuk menemubual beberapa orang graduan dan ibubapa dan mencari tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi para graduan dan ibubapa. Bukan itu sahaja, kami juga telah menyerlah keindahan beberapa tempat di UPM sebab UPM ni besar tau. Kalau jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat inshaAllah pengsan dulu hehe gurau-gurau. Antara tempat yang kami buat liputan adalah di Dewan Besar semasa menemubual para graduan dan ibubapa, pintu utama UPM, bilik kuliah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, tempat pengambilan jubah para graduan dan tidak lupa juga pesta konvo di Bukit Ekspo. Fuhhhh!

Okay jommmm tengok apa yang menarik sangat tu untuk vlog pertama sempena konvokesyen di UPM. Seperti biasa jangan lupa untuk ketik butang like hehe

BBM3410Satu2019: VIDEO ONE SHOT THREE LAYER (BERKUMPULAN)






Yehaaa yehaaaaa. Hai geng!

Eh Assalamualaikum sekali lagi. Fuh, penat betul kan nak dengar video One Shot banyak kali tapi, kali ni video One Shot Three layer paling menarik tau! Nak tahu tak sebab apa haaaa. Meh saya cerita sikit apa benda lah video One Short Three Layer ni.

Video One Three Layer ni harus ditekankan untuk mengambil sekali shot seperti biasa tapi apa yang paing mencabar keimanan kami adalah kami perlu menyanyi sambil berlakon dan WAJIB ada fenomena alam semula jadi gitu macam kereta lalu-lalang, angin sepoi-sepoi bahasa, bendera berkibar ke apa sahaja yang bergerak sendiri. Fuh, sumpah banyak kali take juga lah ambik video yang ni. 

Tapi video ni jadi best sebab semua ahli kumpulan ada watak masing-masing untuk menjadi penyanyi ala-ala profesional. Disebabkan nak nampak kemeriahan di Hari Raya jadi kami memilih lagu "Tak Dapat Raya" oleh Baby Shima dan Floor 88. Tak sangka kami mampu menyiapkan video ini dengan jayanya. Dek kerana ingin mencari kejadian alam yang semula jadi, kami  telah merekod pembikinan video ini di Bukit Ekspo UPM. Seperti menunggu kekasih yang tak pulang-pulang, seperti itulah kami menunggu tren di belakang yang tak tiba-tiba. Namun akhirnya kami berjaya kerana semua orang dah siap sedia untuk menunggu tren tiba juga walaupun terpaksa berpanas terik.

Okay dah penat cerita, penat lagi masa nak buat video yang ni hehehe. Moh lah kita tengok apa yang best sangat sampai tak boleh nak tunggu raya tahun depan. Jangan lupa untuk like ye :)

https://www.youtube.com/watch?v=1vrPlLe_Dyk

BBM3410Satu2019: VIDEO ONE SHOT TWO LAYER (BERKUMPULAN)





Haiii semua! Okay kali ni syamimie akan bagitahu pula bagaimana perjalanan saya dan rakan-rakan membuat pengambaran video One Shot Two Layer. Haa mesti semua tertanya-tanya kan apa beza dengan video One Shot One Layer.

Okay, video One Shot Two Layer ini pula perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang penyanyi  atau lebih disamping ada penceritaan yang dijalankan di belakang untuk menceritakan balik lagu atau lirik tersebut. Penyanyi perlu menghayati bait-bait lirik manakala pelakon pula perlu melakonkan semula jalan cerita yang terdapat di dalam lirik tersebut. Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting agar lirik dan lagu yang dimainkan selari dengan nyanyian dan lakonan yang dilakukan.

Oleh itu, kumpulan saya telah sepakat memilih lagu "Sakit" nyanyian IamNeeta yang dinyanyikan secara miming. Okay tak guna kita cerita panjang-panjang tapi anda tak tengok kan. Jom lihat apa kelainan yang kami paparkan dalam video kali ni, hanya ketik link di bawah hehe.

Saturday, December 7, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO ONE SHOT (BERKUMPULAN)





Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan menceritakan bagaimana perjalanan kami membuat video One Shot. Sebelum itu, saya akan memberitahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan one shot one layer. Video One Shot merupakan video yang diambil dengan sekali shot tanpa berhenti dan penyanyi perlu menyertai sekali dalam lakonan. Ini dipanggil sebagai one layer.

Oleh itu, perjalanan kami membuat video One Shot. bermula apabila kami mula diberi tugasan untuk dibuat dalam kumpulan. Sejurus mendapat tugasan tersebut kami mula berbincang dan telah menentukan untuk mengambil lagu Anta permana nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza. Pada malam sebelum membuat penggambaran video tersebut, kami telah mengadakan beberapa kali latihan agar langkah tarian dan nyayian seiring dengan lagu tersebut. Apabila kesemua ahli kumpulan sudah mahir dengan langkah diberikan, kami memutuskan untuk membuat penggambaran pada keesokkan harinya.

 Keesokkan harinya kami telah memperbaiki sedikit langkah tarian dan nyanyian dan terus membuat penggambaran video ini yang bertempat di Teater Kotak Hitam. Oleh itu, dijemput untuk melihat hasil daripada pembikinan video kami bersama. Kalau nak tahu bagaimana kami membuat video ini dengan jayanya, jangan lupa untuk like dan subscribe channel Gadis Trex Production!

Jom ketik link di bawah ye J

https://www.youtube.com/watch?v=q_9Hzba9LY0

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Buku Eh!!! Media Sosial oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim ini mengandungi lapan bab kesemuanya antaranya ialah Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Bab ini menerangkan media sosial, rangkaian sosial, jenis- jenis media sosial, mengapakah media sosial digunakan dalam pembelajaran, dan etika dalam media sosial. Seterusnya bab kedua pula membincangkan mengenai Twitter dan Trend terkini seperti kajian tentang Twitter di mana Twitter ini mudah diakses dengan pantas dan banyak membekalkan informasi terkini. Berikutnya, bab 3 pula mengenai Facebook Masih Digunakan. Bab ini menerangkan tentang Facebook adalah aplikasi media sosial yang digunakan oleh semua golongan lapisan masyarakat. Facebook juga merupakan salah satu alat berkesan untuk pelajar berinteraksi terutama dalam perbincangan berkaitan dengan tugasan mereka. Selanjutnya, bab 4 pula mengenai Instagram Menyeronokkan. Menurut statistik Statistica.com kedudukan media sosial pada 2016, Instagram mempunyai 500 juta pengguna. Aplikasi ini menjadi pilihan ramai oleh pengguna sosial media di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, menurut kajian masyarakat lebih berminat dengan cerita pendek Instagram di akaun Instagram mereka.

Di samping itu, bab 5 pula menyatakan tentang E-mel Masih Popular pada masa kini dimana e-mel merupakan satu medium komunikasi dalam bahasa sasaran termasuk mengarang dan bertukar pesanan dengan pelajar lain di dalam kelas atau di seluruh dunia. Bab 6 berkaitan dengan Blog Di Dalam Kelas Bahasa. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog juga didapati memudahkan pelajar-pelajar Korea untuk mempelajari bidang bahasa, kesusasteraan dan teknologi. Berikutnya bab 7 berkaitan dengan isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab ini membincangkan pengguna dilihat bergantung kepada rangkaian sosial dalam kehidupan seharian mereka. Akhir sekali, bab 8 berkaitan implikasi pedagogi media sosial dan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan di samping mengukuhkan pembelajaran pelajar, meningkatkan kefasihan bahasa pelajar dan menanam sikap positif untuk menambahbaik prestasi pelajar.

Sumber: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.

Harga Buku: RM60






BBM3410SATU2019: KALENDAR

Beberapa minggu kelas amali terakhir pula, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020 yang bakal menjelma. Kalenda...