Saturday, December 21, 2019

BBM3410SATU2019: KALENDAR

Beberapa minggu kelas amali terakhir pula, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020 yang bakal menjelma. Kalendar ini lengkap dengan kata-kata motivasi bersama dengan orang tersayang💖 

Yang tiada gambar dalam kalendar ini pun saya sayang 👄



Muka Depan :)

 Bulan 1

Bulan 2


Bulan 3

Bulan 4


Bulan 5

Bulan 6

Bulan 7


Bulan 8


Bulan 9


Bulan 10


Bulan 11


Bulan 12





BBM3410SATU2019: FACEBOOK (KATA-KATA MOTIVASI & RINGKASAN)

Minggu amali selanjutnya, kami diberi tugasan oleh tutor kesayangan ramai untuk membina satu kata-kata motivasi dalam buku Eh!!! Media Sosial dan membuat ringkasan Bab 5: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2019. Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.


Seterusnya, membuat ringkasan Bab 5: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.

Terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi yang telah dirincikan oleh Tarone (1977) iaitu pengekalan, parafasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Pertama, parafrasa terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penghampiran yang bermaksud penggunaan item perbendaharaankata atau struktur bahasa sasaran yang diketahui oleh pelajar tidak betul, tetapi yang berkongsi ciri semantik dengan item yang diinginkan untuk memuaskan pembicaraan. Berikutnya, parafrasa (circumlocution) ciri-ciri atau tindakan dan bukannya menggunakan struktur bahasa sasaran yang sesuai. Kedua, pemindahan secara sedar pula terbahagi kepada terjemahan literal iaitu terjemahan perkataan untuk perkataan dari bahasa ibunda dan pertukaran bahasa (language switch) iaitu istilah bahasa ibunda tanpa perlu bersusah payah untuk menterjemahkan. Ketiga, meminta pertolongan pula merupakan startegi komunikasi yang memerlukan jawapan. Keempat, mimikan menjelaskan bahawa terdapat peniruan dalam komunikasi. Misalnya, pelajar akan menggunakan strategi bukan lisan sebagai pengganti struktur makna. Akhir sekali, pengelakan pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengelakan topik ialah menerima perbendaharaan kata atau struktur makna lain tidak diketahui oleh mereka dan pengabaian mesej (message abandonment) iaitu tidak dapat meneruskan komunikasi kerana kekurangan struktur makna serta berhenti di pertengahan interaksi, ujaran dan ucapan.

Seterusnya, menurut Dornyei dan Scott (1997) terdapat 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda.

Taksonomi dalam strategi komunikasi yang pertama ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat. Pengelakan topik pula merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Ketiga, penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata. Keempat, penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Kelima, penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik. Keenam, ciptaan perkataan baharu pula merupakan cipataan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Ketujuh, penstrukturan semula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Kelapan, terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran. Penukaran kod pula bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Akhir sekali, penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Akhir sekali, antara pendekatan strategi komunikasi yang dijelaskan oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2018e pula ialah singkatan. Strategi komunikasi singkatan perkataan digunakan, namun mempunyai makna yang sama. Misalnya, adik nak mainan itu. Berikutnya, perkataan baharu tiada makna. Pendekatan ini bermaksud perkataan yang digunakan namun tidak mempunyai makna dalam kamus. Misalnya, dia kong bila dah penat berlari. Selanjutnya, penafian atau percanggahan yang memberi maksud perkataan atau ayat yang menunjukkan penafian tentang ayat diberi. Mesej dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat pengakuan yang negatif daripada seseorang. Mesej itu juga sering terjadi apabila seseorang itu tidak bersetuju dengan apa yang dibicangkan. Misalnya, saya membangkang cadangan kamu itu kerana tidak realisitik.

Oleh itu, pendekatan strategi komunikasi di atas menunjukkan pendekatan komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks.

Soalan: Adakah anda memahami pendekatan strategi komunikasi yang dikemukakan oleh Tarone?

Sumber:
Dornyei, Z., & Scott, M. L. (1997). Communication Strategies in a Second Language. definitions and Taxonomies. Language Learning, 47:173-210.


Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7(1): 11-16.
Normaliza Abd Rahim, 2019, Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.










BBM3410SATU2019: FACEBOOK (Rumusan Strategi Komunikasi)

STRATEGI KOMUNIKASI

Menurut Tarone (1980: 420) strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Manakala Slinker (1972) pula beranggapan bahawa strategi komunikasi sebagai pendekatan yang digunakan dalam komunikasi di antara satu sama lain

Seterusnya, komunikasi dilakukan dalam bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Adakalanya komunikasi berlaku melalui peralatan digital yang terkini bagi tujuan penyampaian mesej dengan lebih berkesan dan cepat. Biasanya komunikasi berlaku dengan menggunakan strategi yang bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan. Malah komunikasi yang berkesan boleh berlaku dengan melibatkan emosi seseorang penutur tersebut. Adakalanya komunikasi berlaku dengan strategi bahasa isyarat ataupun bahasa badan. Hal ini berlaku apabila mesej yang ingin disampaikan itu berlaku dengan menggunakan bahasa sebutan ataupun ujaran.

Berikutnya, kajian yang dilakukan oleh Weber & Grauer (2019) hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Hue (2017) yang mana komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia.

Di samping itu, Zerfass et al. (2018) menyatakan bahawa strategi komunikasi perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Hal ini kerana strategi komunikasi dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat dalam komunikasi berasa puas hati kerana mesej difahami dengan baik.

Winkler & Etter (2018) pula menggambarkan bahawa strategi komunikasi sebagai satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan. Kajian ini hampir sama dengan O' Connor et al. (2010) mengenai pendekatan dimensi rangkaian pelbagai arah strategi komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang dikaji merupakan komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan perhubungan awam. Setiap komunikasi mempunyai elemen yang dapat membantu dalam proses komunikasi bagi mereka yang ingin menyampaikan mesej.

Nothhaft et al. (2018) pula menggambarkan strategi komunikasi sebagai refleksi elusive yang mengandungi konsep yang mudah difahami. Berikutnya, kajian oleh Nothhaf et al. (2018) menekankan tentang kepentingan strategi komunikasi dalam menyebarkan budaya dalam kalangan masyarakat kelompok yang mempunyai pemikiran yang sama iaitu membincangkan perkara yang dipersetujui dan difahami oleh semua pihak. Malah, Normaliza Abd Rahim (2019) menjelaskan bahawa setiap apa yang ingin diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang.

Sumber: Normaliza Abd Rahim. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Teori dan Aplikasi.
Penerbit : UMT

BBM3410SATU2019: FACEBOOK

Assalamualaikum sahabat handai,
Baiklah, ini merupakan tugasan pertama di media sosial Facebook. Saya telah diberikan tiga tugasan iaitu membuat aktiviti 2 iaitu kapsyen cerita pendek anda lalui setiap hari dalam buku Eh!!! Media Sosial, membuat pantun dua rangkap dan membuat rumusan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019).

Meh lah ikuti saya di akaun Facebook (Syamimie Hussin).






Wednesday, December 18, 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah sampai penghujung dah kita ni. Rasa macam baru semalam je masuk belajar. Tup tup berapa hari je lagi nak habis belajar. Cepat betul masa berlalu kan. Sepanjang 7 semester bergelar sebagai mahasiswa ni, semester ke 7 paling haru biru kehidupan seorang syamimie. Mana nak kejar PITA lagi, nak kejar SV lagi, asssignment yang tak pernah siap. Peh perit beb! Lepastu pula, kebiasaanya orang kata kalau sem akhir ni kelas dah tak banyak, assigment pun makin kurang.  Rupa-rupanya itu hanya khayalan semata-mata. Tapi betul lah, kata orang ni banyak salah daripada betul haha. 

Kalau Prof nak tahu lah kan, subjek Multimedia dalam Bahasa cukup famous lah diperkatakan oleh junior-junior dan senior-senior sebelum ni. Mereka kata macam ni "Eh, kau nak tahu tak subjek prof N kau kena jadi artis tau, sebab kau kena buat tugasan yang selalu shoting je diman-mana, ala ala artis gitu", itu lah yang mereka kata. Saya pun tak lepas peluang lah prof. Sebelum daftar subjek Multimedia ni, saya dah tengok dah apa antara tugasan yang prof bagi dekat mereka. Belek lah satu-satu tugasan dekat Youtube tu, saya siap praktis lagi tau. Dalam otak ni dah set dah, sem depan nak buat lagu apa, tarian macam mana. Sebab subjek prof ni dekat betul dengan hati saya. Sejujurnya, saya memang suka sangat dengan seni lakonan, huish kalau bab berlakon tu yakin je walaupun kelaut hahaha tapi saya suka cuba perkara baru. 

Tup-tup bila dah masuk kelas prof, mengigil juga lah kaki tangan ni. Sebabnya prof kan banyak pantang larang hehe, tak boleh pakai selipar, kena datang kelas awal, kalau tak cukup ahli tak boleh present. Setiap kali nak present, setiap kali tu lah kelam kabut kira ahli cukup ke tak. Kalau salah seorang tak datang, memang tunggu nak kena tibai je. Lagi-lagi saya dipertangungjawabkan untuk menjadi ketua kepada Gadis Trex, memang hangin je aku (hehe cerita nak gempak je kan). Jujur saya katakan jadi ketua tak mudah ye, pandangan dan cadangan setiap ahli saya kena peka, Sumpah prof, lepas ni saya nak jadi rakyat marhaen je. Tak nak dah jadi ketua HAHAHAH (mestilah gurau lagi). Sepanjang saya memerintah di bawah jajahan Gadis Trex ni, saya rasa ahli kumpulan sangat memberikan kerjasama yang sangat tiptop. Walaupun setiap kali ada tugasan, mesti ada percanggahan pendapat namun kami selesaikan dengan cara baik. Bagi saya, dalam apa apa pun perbincangan perlu ada komunikasi yang baik. Tipu lah kalau saya kata tak stress sepanjang memerintah. Ada orang nak macam ni, yang tu pulak nak macam tu. Kalau ikut skala serabut tu, adalah dalam150 peratus hoho. Tapi, apa pun yang berlaku, saya perlu profesional bila buat keputusan. Saya cuba untuk tidak meletakkan emosi perempuan-perempuan dan mendengar satu-satu pendapat mana yang terbaik. Namun, saya tahu saya bukanlah ketua yang baik tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik. Gitu



Terima kasih rakyat-rakyat jelata saya iaitu miza, farah, ijah, afza, khaireen, kyra, thirah, aten, bilah dan hanna kerana banyak membantu saya dikala saya buntu dan sendu. Mereka semua merupakan tulang belakang yang paling kuat dan  banyak membantu untuk memudahkan kerja saya sebagai ketua.





Tidak lupa juga kepada Prof Normaliza semestinya yang banyak sangat mencurah ilmu baru. Sungguh saya tidak jangka, dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu ni ada subjek yang melibatkan lakonan, nyanyian dan tarian. Boleh lah saya bagitahu kepada adik- adik yang lain supaya ambik jurusan Linguistik Melayu di UPM. Sumpah tak menyesal dapat belajar asas fotografi sebab selama ni ambik gambar main ikut sesedap rasa je. Macam mana pula nak ambik video dengan teknik yang betul. Belajar untuk jadi pengarah yang berdedikasi, Eh yang penting, best lah subjek prof  ni hahaha.


Bersama Prof Normaliza


Akhir sekali, mesti lah saya tak lupa dekat tutor kesayangan ramai ni haa. Hai Encik Akmal hehe. Terima kasih en akmal sebab dah banyak ajar kami semua lagi lagi tugasan yang terakhir iaitu macam mana nak buat kalendar muka sendiri dengan kata kata semangat walaupun dah banyak kali saya kata saya memang susah nak ada kata-kata. Hehe. Gigih jugak lah nak buat kalendar guna Adobe Photoshop dengan laptop buat hal haih. Rupa rupanya tak susah mana pun buat kalendar guna photoshop. Kalau dulu saya pernah belajar sendiri nak guna photoshop tapi setengah jalan je lah sebab susah nak faham apa yang tutorial dalam youtube tu cakap. Tapi bila en akmal yang ajar, masyaAllah. Aura dia lain macam (cewah), ajar sekali pun dah faham (walhal cuak punya pasal takut kena marah haha). Halalkan segala ilmu yang diberi. Minta maaf juga sebab selalu tak dengar kata, merungut sikit. Doakan saya dan rakan rakan dapat mengharungi liku-liku kehidupan dengan teratur dan boleh berjaya macam en akmal ye.





Sekian sahaja coretan terakhir daripada saya. salam sayang GADIS TREXKU!










BBM3410SATU2019: KALENDAR

Beberapa minggu kelas amali terakhir pula, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020 yang bakal menjelma. Kalenda...